Tuesday, 23 September 2014

Definasi Perniagaan



Semua orang ingin menceburi bidang perniagaan. Ia adalah salah satu bidang yang hampir semua orang mahu melakukannya di seluruh dunia. Tetapi tahukah anda apa makna perniagaan yang sebenar?
Bila sebut BERNIAGA, yang pertama datang ke minda kita ialah gambaran DUIT.  Apa hubungan perniagaan dengan duit? KEUNTUNGAN.  Selalunya gambaran itu keuntungan yang banyak. DUIT yang banyak.
Makna ringkas perniagaan yang menarik

” Perniagaan adalah satu proses yang berulang-ulang untuk menjana duit. Selain daripada itu adalah Hobi” – Paul Freet, Usahawan dan pakar komersial barat.
Definasi ringkas tentang perniagaan dari pakar komersial barat yang mengaitkan perniagaan dengan duit.  Impian kita semua.
Lihat juga tambahan ayat selepasnya. Selain daripada itu, kesemuanya adalah termasuk dalam aktiviti yang dinamakna sebagai HOBI. Kesimpulan nya, jika anda berniaga, tetapi tidak mendatangkan keuntungan, tetapi merugikan, ia bukan lah satu perniagaan, tetapi hanyalah satu hobi.



Makna perniagaan yang sebenar yang lengkap dan ringkas

Untuk mengerti erti kata-kata di atas, kita memerlukan pengenalan asas yang menyeluruh tentang perniagaan yang boleh membuat kita merasa lega dan dapat menguasai erti kata sebenar.
Setelah itu, kita pasti boleh menjadikannya satu perniagaan dan bukan lagi satu hobi.  Kita tidak perlu berkelulusan tinggi untuk menjadi mengerti asas perniagaan yang penting.
Perniagaan sebenar mesti ada 5 elemen yang di sebutkan di bawah:

1.    Membuat atau memberikan sesuatu yang bermanfaat
2.    Sesuatu yang anda buat atau berikan itu mestilah ada orang mahu atau perlukan
3.    Benda atau perkara itu juga mestilah dalam harga yang orang sanggup keluarkan untuk mendapatkannya
4.    Bila mereka dapatkannya, ia mestilah pula menepati jangkaan dan keperluan mereka
5.    Semua di atas berlaku dengan baik di mana membolehkan peniaga membuat keuntungan untuk membolehkan kita menampung hidup.

Itulah definisi ringkas tetapi lengkap sebagai mentakrifkan makna perniagaan yang kita buat sebagai satu proses berulang-ulang di atas tadi.

Jika tidak, tidak guna mengulangi apa saja atas nama perniagaan, jadikannya sebagai hobi saja!

No comments:

Post a Comment